Monday 5 October 2009

SAATNYA ANDA MENGENAL (KEBAIKAN) IM

"IM disini bukanlah Instant Messenger di PC/laptop or smartphone anda tapi kepanjangan dari Ikhwanul Muslimin.

Aku, Reiza, diperkenalkan 20 tahun yang lalu. Pertamakali sekitar tahun 1991. Saat dulu masih imut-amit-amit. Saat lucu2xnya (skrng gak lucu). Saat skul kla 1 di SMA 47 Tanah Kusir. Jaksel. Of course, kakak rohisku yg mengenalkannya. Tapi, aku masih blon fokus, krn keasiikan dengan hobi beladiri (Merpati Putih). Maklum dulu jamannya anak 70, penerbangan, kostrad 74 pada tawuran. jadi aku pun berkontribusi (dlm tawuran, hi hi). Dgn bekal beladiri. Jadi ngaji di rohisnya gak serius deh..hi hi (afwan tuk kak rohisku dulu).

Setelah itu jadi deh petualang harokah, keluar-masuk mengenali sekaligus mengamalkan banyak harokah dari mulai IM/tarbiyah/PKS, terus NII (sekoci/LK), salafi-yamani (wahabiyyun), salafi-jihadi (MII & anshorus sunnah), Jam'ah Tabligh, HT/HTI. Hingga syi'ah. Maklum kampusku dosen nya salah satu adalah nabinya komunikasi terkenal di Indonesia & luar negeri, DR. Djalaluddin Rahmat.

Tuk sekarang. Tulisan ini dulu. Sekilas atau sedikit lebih jauh perkenalan ttg IM buat anda yg baru mengenalinya hari ini. Supaya gak ada prasangka diantara kita. Dan sadar-sesadar-sadarnya akan kebaikan IM. Dan sekaligus mengenali fitnah & konspirasi yg sedang terjadi di Indonesia, khususnya Depok. dan luar negeri. Akan upaya sistematis-profesional pemberangusan IM. Kata ust. Anwar Nashihin, Lc. Saat memberi taujih di liqo'at nurul fikri komputer. Kita (para kader) adalah sasaran yang sedang di bidik pelan-pelan oleh 'mereka'. Siapa 'mereka', ikuti aja terus tulisan atau blog ini oke."

Begini, paparan ttg IMnya (bahasanye sedikit Malaysie Pa' cik/Ma' cik, ta ape la.....).

Ikhwanul Muslimin(IM) ialah gerakan Islam yang ditubuhkan pada tahun 1928 di Ismailiyyah,
Mesir dan merupakan gerakan Islam perintis dalam mengembalikan semula KHILAFAH
ISLAMIAH yang hilang pada tahun 1924.Diasaskan oleh AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA,seorang ulama’ lulusan Darul Ulum yang mempunyai cawangan yang telah tersebar luas ke Negara-negara Arab dan juga Afrika.

Di sepanjang denai sejarahnya menyampaikn risalah dakwah dan persaingan kuasa,IM telah diterajui oleh beberapa orang Mursyidul Am bagi membimbing pengikut berdasarkan manhajnya yang asli seperti yang telah digagaskan oleh Hassan Al-Banna(HB).Bermula dengan HB diikuti dengan Sheikh Hasan Al-Hudaibi,seorang yang pada asalnya tidak dikenali dalam kalangan pengikut IM tetapi telah berbai’ah dengan HB (menjadi pemimpin dalam tempoh yang cukup getir ) seterusnya diterajui oleh Umar At-Tilmisani yang akhirnya turut meringkuk dalam penjara dunia yang penuh dengan kezaliman dalam tempoh yang panjang.Bahtera IM seterusnya dipikul oleh Muhammad Hameed Abul Nasr,berlanjutan pula kepada Sheikh Mustapha Masyhur dan kini pula terbeban amanah kepimpinan di bahu Mehdi Aqif.

IM juga telah melahirkan ribuan manusia yang menjadi pimpinan masyarakat di seantero dunia dan menyebarkan fikrah perjuangannya.Antara tokoh-tokoh yang telah dilahirkan oleh IM ialah (MESIR);As-Syahid Syed Qutb,Sheikh Sayyid Sabiq,As-Syahid Abdul Kadir Audah,Hameedah Qutb,Aminah Qutb,Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili(muslimat Mesir),Rasheed Ghanousi(Tunisia),As-Syahid Abdullah Azzam (Palestin-namun menemui kesyahidan dalam perjuangan Afghanistan),Said Hawaa (Syria-meninggal dunia di Jordan,lima tahun dipenjara dan diseksa di Syria),Dr.Fathi Yakan (Lubnan-merupakan penulis haraki yang profilik),Dr.Yususf Al-Qardhawi,Sheikh Ahmad Yassin (pengasas parti HAMAS dan ikonologis bagi perjuangan menentang rejim zionis Israel laknatullah),Sheikh Abdul Hadi Awang (Malaysia),Sheikh Abdul Majid Zindani (Yaman),Sheikh Muhammad Mahmud Shawwaf (Iraq),Sheikh Munir Ghatban,Prof. Kamal Halabawi,Dr. Abdul Karim Zaidan (Iraq).

1928-1960an

IM yang bertunas di Ismailiah (tempat pertama Al-Marhum HB bertugas sebagai guru bahasa Arab).Pada tahun 1933,beliau telah memindahkan pusat-pusat kegiatan operasi IM ke Kaherah dan langkah ini sangat Berjaya untuk mengembangkan gerakan ini kerana Kaherah merupakan kota yang padat dengan penduduk,juga masyhur kerana reputasi ilmu yang sering disinggahi dan ditakluki oleh ribuan pelajar-pelajar dari dalam dan luar Negara Anbiyaa kerana terletaknya UNIVERSITI AL-AZHAR,sebuah pusat pengajian yang sangat berprestij dan terulung.Pada tahun 1934 sahaja IM telah berjaya membuka lebih daripada 50 cawangan di seluruh Mesir.Serentak dengan cawangan yang semakin bertambah,IM juga menubuhkan masjid-masjid,kilang-kilang,pusat khidmat sosial serta sekolah-sekolah yang sekaligus merupakan pusat pentarbiahan kepada ahli-ahli IM.

Selepas tahun 1938,IM mula menegaskan citra politik Islamnya kepada masyarakat dan pemerintah Mesir,apatah lagi dengan pengaruhnya yang semakin berkembang kerana lerana tegas memperjuangkan isu-isu rakyat yang dipertegaskan dengan syariat.Sehingga akhir Perang Dunia Kedua,IM telah mempunyai setengah juta pendokong dan tiga juta penyokong.Cawangannya mulai menebar melalui sempadan Negara Nil seperti Jordan,Syria,Sudan,Iraq,Palestin,Lubnan,Afrika Utara dan pengaruhnya turut menjadi model pemangkin dan pencetus kepada gerakan lain seperti Jamiat Islami di Sub-Continent,Hizbul Muslimin di Tanah Melayu,MASYHUMI di Indonesia dan sebagainya.

Perkembangan pesat IM cuba dihalang oleh rejim Mesir dengan kerjasam kuasa-kuasa Barat,HB telah dibunuh syahid pada tahun 1949 dengan tekanan dahsyat yang dikenakan kepada IM,ribuan pejuang diiring ke penjara tanpa dihadapkan ke mahkamah.Pada tahun 1950,IM telah dibenarkan bergerak semula tetapi dengan memakai ‘tagline’ sebagai pertubuhan agama semata-mata namun akhirnya Im telah diharamkan kerana ‘dosanya’ menuntut perlaksanaan undang-undang Syariah di Mesir.

Mesir sekali lagi riuh dengan percubaan untuk membunuh Gamal Abdul Nasser di Iskandariah pada tahun 23 Oktober 1954 yang menjadikan IM terus diletak di kandang orang yang salah.Rejim Mesir pada ketika itu yang ibarat singa kelaparan mengganas dengan menangkap pemimpin IM.Pada 29 Ogos 1966,As-Syahid Syed Qutb telah dihukum sampai mati dan beberapa orang pemimpin IM yang lain.Sementara itu,penjara-penjara padang pasir menjadi saksi bisu kekejaman rejim terhadap pendokong IM malah ianya telah mewabakkan tragedy yang lain pula seperti kemunculan serpihan IM yang lain seperti Jamaah Takfir awal Hijrah yang dipimpin oleh Mustapha Shukri.

1970-1990an

Pada tahun 1970,Anwar Sadat (pernah menjadi ahli usrah IM) telah dilantik sebagai Presiden Mesir namun IM tetap dianggap musuh Negara dan boneka sebagai anti nasional,walaupun Anwar pernah berjanji untuk mengimplementasikan Syariat Islam dan membebaskan ahli-ahli IM yang dipenjara tapi semua itu janji-janji palsu malah Anwar telah memeterai Perjanjian Camp David.Perjanjian ini mengkhianati umat Islam Palestin dengan mengiktiraf entity haram Israel dan telah mendapat tentangan yang hebat dan padu daripada ulama’-ulama’ seperti Sheikh Umar Abdul Rahman,Sheikh Abdul Hamid Kisk namun Anwar tetap tidak berganjak dengan keputusannya walaupun diprotes dalam dan luar negara.


Pada bulan September 1981,sekali lagi mass ‘crackdown’ telah menggemparkan Negara Mesir dan dunia Islam yang lain ketika itu hamper 2000 orang telah ditahan termasuk Mursyidul Am,Ustaz Omar Tilmisani.Anwar Sadat telah membayar harga yang mahal dengan perjanjian ini apabila beliau telah mati ditembak oleh Leftenan Khalid Islambouli pada 6 Oktober 1981 dalam insiden yang menggegar dunia.Pembunuhan ini dirancang dengan rapi dengan pembabitan elemen tentera yang bersimpati kepada IM.


Kezaliman kepada pendokong IM bukan sahaja berlaku di Mesir,malah turut dialami oleh penyokong IM di Syria.Pada bulan Februari 1982,telah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap ahli IM di Hamah,dentuman bom dab peluru telah meratah dan memamah ribuan nyawa syuhada’ bahkan Hafiz Al-Asad lebih sadis lagi kezalimannya berbanding rejim di Mesir.Darah syuhada’ inilah yang telah menjadi baja perjuangan yang cukup mapan dalam dekad kebangkitan Islam 1980an.

Pengaruh IM telah tersebar dengan meluas di Negara-negara Eropah yang atmosfera demokrasinya lebih baik berbanding dengan Negara Arab.Di Geneva sebagai contoh,Dr. Said Ramadhan iaitu menantu HB telah menyebarkan fikrah ikhwan terutama kepada gologan pelajar.Suasana di Eropah pada dekad 70-an dan 80-an agak selesa kepada perkembangan pengaruh IM terutama di United Kingdom dan Jerman,ramai pelarian politik IM berjaya menjadi tokoh intelektual yang akhirnya agak rapat dengan golongan pelajar dari negara-negara Dunia Ketiga,disinilah berlakunya pemindahan fikrah kepada kader-kader baru IM yang akhirnya mencetuskan generasi haraki atau peserta kebangkitan Islam di mana generasi terpelajar ini telah menyebarkan pengaruh IM di negara masing-masing.Malahan pengaruh IM juga tersebar melalui buku-buku dakwah dan fikrah yang ditulis oleh tokoh-tokoh mereka yang dicetak dalam pelbagai bahasa dunia dan menjadi bahan rujukan penting dalam program pentarbiahan dan pembinaan kader-kader dakwah.

Zaman millennium

Kini gerakan IM memasuki tahap baru dalam perjuangannya di Mesir apabila projek demokrasi Barat untuk membuka ruang demokrasi menjerat konco-koncon merekawalhal Mesir selama ini terkenal kerana reputasinya yang memanipulasi undian mempunyai udara demokrasi yang tercemar.Barat kononnya menyokong projek demokrasi di Timur Tengah
untuk mengekang pengaruh Islam ‘radikal dan militan’ dan Mesir adalah antara juruterbang projek mereka.Mesir yang mengadakan pilihanraya pada 8 Disember 2005 telah menyaksikan kemaraan dan kebangkitan IM setelah Berjaya memenangi 88 kerusi Parlimen dan seterusnya menjadi suara yang dihormati di Negara Mesir.Kemenangan calon IM telah dianggap tsunami kecil di rantau Timur Tengah.

Bertanding dalam pilihanraya yang tercemar proses demokrasi adalah ujian hebat kepada IM,apatah lagi dengan latar sosio ekonomi Mesir yang agak terperusuk,rakyat bertakhtah kejahilan,kemiskinan dan kemabukan pesta yang dianjurkan sang pemerintah.
Walalupun gerakan ini diharamkan daripada bergerak bebas termasuk tidak dibenarkan menggunakan lambangnya.Calon-calon mereka ditaja sebagai calon-calon bebas dengan menggunakan slogan ‘Islam adalah penyelesaian’.Sememangnya jaringan pelbagai NGO-NGO Islam di Mesir sebahagian besarnya digerakkan pendokong IM terutama yang bergerak di bidang kebajikan dan kemasyarakatan.

Jaringan ‘civil society’ ini mendekatkan Im dengan suara kejeriha rakyat.Hal ini menyebabkan IM begitu dekat dengan hati rakyat terutamanya rakyat miskin dan terpinggir di bawah pemerintahan korupso Hosni Mubarak dan partinya.Rakyat Mesir selama ini dikongkong pemikiran dengan dasar sosialisme Arab yang tidak mampu meletakkan Mesir dengan negara Islam yang lain.Penyakit kolar putih atau rasuah telah begitu membarah di Negara Arab ini,ditambah lagi jurang perbezaan kemiskinan dan kaya sangat besar.

Pelbagai tekanan dikenakan kepada pendokong-pendokong IM untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan pilihanraya ini.IM mengambil pendekatan strategik iaitu menetapkan calon-calon di kawasan mereka yang mempunyai kebarangkalian yang besar untuk menang.Gerakan inihanya meletakkan 150 orang sahaja calon dan memenangi 19% daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.Pihak parti kerajaan langsung tidak menunjukkan toleransi kepada proses pendemokrasian,program-program penerangan IM telah diganggu,calon-calon diugut bahkan pilihanraya berlangsung dalam keadaan tegang dan bersimbah darah.

Rejim Mesir tidak pernah memberikan belas kasihan kepada IM malah beras cukup tergugat dengan penyertaan calon-calon IM yang lebih berkredibeliti,akhirnya pilihanraya tercemar dengan pembantaian apabila lapan orang yang telah terbunuh pada 7 Disember serta berpuluh-puluh yang lain cedera ditembak oleh polis dan tentera.Penyokong-
Penyokong IM dihalang daripada mengundi bahkan ditembak dengan peluru getah serta pancutan air kimia.Samseng-samseng politik dari parti pemerintah bertindak sesuka hati tanpa sekatan daripada pihak keselamatan ,alah kadang kala melindungi penjenayah siasah ini.

Kezaliman rejim Mesir tanpa noktah penghujung malah lebis sadis dan bersifat jangka panjang,lebih 1000 orang pendokong-pendokong IM telah dihumban ke penjara selepas pilihanraya umum tersebut dan ini mengesahkan tuduhan bahawa demokrasi sengaja diberi sedikit ruang untuk pemerintah mengenali siapakah mereka penyokong-
penyokong utama IM terutama daripada kalangan golongan kelas pertengahan dan golongan elit Mesir.Tempoh berkempen adalah tempoh pengecaman jaringan IM mula dikenalpasti dan akan diintas keupayaannya.

Namuh yang membanggakan rakyat tetap berani menyuarakan kebenaran apabila 150 orang hakim telah mengemukakan bantahan terhadap suruhanjaya pilihanraya Mesir.
Dalam pilihanraya ini juga,samseng-samseng bersama-sama berganding bahu dengan
pihak polis untuk menyekat proses pilihanraya yang bersih,bukan sahaja peluru getah digunakan tetapi peluru hidup yang tidak bermata telah dilepaskan membabi buta membunuh rakyat yang cinta kepada keadilan.Polis yang berpakaian preman bertukar menjadi anjing yang ganas menerkam ke arah pemuda-pemuda Islam.Mereka tidak ubah seperti anjing liar kelaparan yang rakus membaham bangkai.

Janji Allah yang Maha Benar,telah menyaksikan sokongan rakyat kepada gerakan IM yang memperjuangkan syariat Islam bukan sahaja di bumi Mesir bahkan di seluruh pojok dunia.Amerika tersentak dengan berita kemenangan IM,projek demokrasi mereka telahmencakar tengkuk mereka sendiri.Kini,laungan kalimah mulia Allahuakbar semakin bergema di bumi Mesir,di kampus-kampus pula gerakan pelajarnya dikuasai oleh anak-anak tarbiyah IM dan mereka akan keluar daripada universiti menyertai pentadbiran awam,pos-pos strategik Negara,kelas niaga,penjawat-penjawat awam yang seterusnya akan membentuk pandangan awam supaya Islam kembali menyinar memerintah dan berdaulat di sluruh Mesir.

Fenomena sokongan kepada Im telah memeningkan rejim Hosni Mubarak,sebagaicontoh dalam isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w.Gerakan IM telah mengurus dan menjuarai isu ini.Puluhan ribu rakyat telah bangkit menyatakan bantahan dengan dipimpin oleh Jemaah IKhwanul Muslimin.Bahkan yang paling menarik dalam satu senario ketika perlawanan akhir Piala Afrika yang menyaksikan pertembungan pasukan bola sepak kebangsaan Mesir dan Ivory Cost,kesebelasan utama pemain Mesir telah memakai jersi bercogan kata ‘Kamilah Pembelamu wahai Rasulullah’ malahan penonton-penonton yang dating ke stadium juga telah mempamerkan kain-kain pemidang yang bertemakan kecintaan kepada kekasih allah Nabi Muhammad s.a.w. dan penentangan kepada karikatur yang menghina baginda Rasulullah s.a.w.

Takbir!!takbir!!takbir!!....Allahuakbar!!!!!!

Maraji :
http://alfikrie.multiply.com/journal

No comments: